Monday, October 11, 2010

Minggu 15 - Penilaian Pengalaman Pembelajaran

Penilaian Pengalaman Pembelajaran
Definisi
• Penilaian merupakan kegiatan untuk memperoleh informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Jadi dalam penilaian (evaluation) ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya adalah bahawa penilaian dalam hal ini merupakan kegiatan yang dirancang untuk mengukur keefektifan suatu sistem pendidikan secara keseluruhan.
• Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapatkan berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan, dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.
• Penilaian pembelajaran adalah kegiatan untuk mengetahui apakah sesuatu yang telah dikerjakan telah berhasil/belum melalui suatu alat pengukuran yang dapat berupa ij ataupun non tes.
• Penilaian Pembelajaran merupakan salah satu cara guru mengetahui perkembangan hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik.

 
CIRI-CIRI
Kaedah Jigsaw

• Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seprti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).
• Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:

  • Pergantungan secara positif
  • Tanggungjawab
  • Interaksi secara terus (bertentang mata)
  • Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian
  • Penilaian kendiri secara berterusan

Kritikan Terbuka
• Kritikan terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas.
• Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.
• Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara: intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dan maklum balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.
• Pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan para pelajar.

PENILAIAN RAKAN KUMPULAN
• Penilaian rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).
• Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley). Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus tersebut.
• Oleh itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka

Minggu 13 - Penilaian Berasaskan Sekolah

PENILAIAN BERASAKAN SEKOLAH
Rasional

Rasionalnya Penilaian Berasaskan Sekolah ialah :

  1. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
  2. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.
  3. Mengetahui keberkesanan pengajaran guru.
  4. Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya
  5. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta - merta.

Prinsip-prinsip
Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:

  • Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.
  • Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
  • Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
  • Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.
  • Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Ciri – ciri

  • Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah.
  • Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
  • PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu:
  • 1. Kerja kursus / PEKA
    • Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran
    • LPM membekalkan dokumen pentaksiran
    • LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
    • Penskoran dan pelaporan oleh sekolah
    • Markah dihantar kepada LPM
    • Sekolah mengeluarkan sijil
    2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
    • Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
    • LPM membekalkan panduan
    • LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras.
    • Penskoran dan pelaporan oleh sekolah.
    • Sekolah mengeluarkan sijil.
     

Aspek Penilaian Berasaskan Sekolah
Dalam penilaian berasaskan sekolah, aspek-aspek yang dinilai ialah :

  1. Daya kreatif, contoh; mereka cipta, melukis.
  2. Kemahiran proses sains, contoh; memerhati, membuat inferens.
  3. Perlakuan dan amalan nilai, contoh; membantu, berdikari.
  4. Sikap, contoh; bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.
  5. Kesihatan dan kecergasan, contoh; sihat, cergas dan aktif.
  6. Kemahiran kinestetik, contoh; bersukan, bergerak secara kreatif.
  7. Bakat dan minat, contoh; kesungguhan membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu bidang

Minggu 12 - Penilaian Bahasa Berasaskan Projek

BROSUR
Definisi
Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.

Rubrik Penilaian Brosur
1. Lemah (0-5)
2. Sederhana (6-8)
3. Cemerlang (9-10)

Kreativiti dan keaslian
1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat)
2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.

Fungsi
1. Reka bentuk dan paparan yang salah
2. Rekabentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik.
3. Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.

Tatabahasa
1. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah
2. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki.
3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.

Ilustrasi
1. Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
2. Menggunakan iustrasi sekadar mencukupi syarat.
3. Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.


POWER POINT
Definisi

• Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafiks yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional.
• Melalui kursus asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti ‘background format’, ‘drawing’, ‘colour’, ‘transitions’ dan ‘animations’, ‘drawing tools’ dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang professional.

Matlamat
• Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat empatan dan membanyakkan bahan p&p berasaskan ict

Objektif
• Merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan p&p berasaskan ICT
• Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru

Ciri-ciri
• Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point menstilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa
• Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut:
• -Hasil ciptaan sendiri
• -Berkonsepkan Pembelajaran Kendiri
• -Berasaskan Windows
• -Interaktif

Aspek penilaian adalah seperti berikut:
1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti
2. Keberkesanan kesinambungan persembahan
3. Ketepatan isi kandungan
4. Kelengkapan laporan
5. Cara penyampaian maklumat
6. Keistimewaan persembahan
7. Hasil ciptaa persembahan multimedia yang terpilh akan direkodkan dalam cd
8. Masa terhad untuk persembahan

Sunday, October 10, 2010

Minggu 11 - Penilaian Pengalaman Pembelajaran

Definisi


  • Penilaian - kegiatan untuk mendapat informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan.
  • Penilaian- satu kaedah untuk mengetahui perkembangan hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik.

PELAKSANAAN PENILAIAN PEMBELAJARAN

TEMA : PENGALAMAN KOMPETENSI ASAS

  1. Kompetensi Asas
    1. PKN
    1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah dan di sekolah
  2. Indikator
    • Menyatakan contoh hidup rukun di rumah atau di sekolah
    • Menjelaskan akibat hidup tidak rukun
    • Menyebutkan manfaat hidup
  3. Langkah-Langkah Pelaksanaan

Kegiatan Awal

    • Doa bersama
    • Absensi siswa
    • Apresi

b. Kegiatan Inti

    • Menyapa teman sebaya dengan sopan
    • Membuat kalimat sapaan(lisan)
    • Menulis kata tanya (apa, siapa, di mana)
    • Membuat kalimat
    • Tanya dengan betul

c. Kegiatan Akhir

    • Siswa melaksanakan tugas portofolio

4. Metode, Sumber, Media
a. Metode
• Soal Jawab
• permainan bahasa
b. Sumber
• Buku Tematik Kelas I(berdasarkan tema)
c. Media
• Kad bilangan
• Kad abjad
• Kad kata

5. Penilaian
• LisanBertulisPerbuatanPortfolio

    Ciri-Ciri Penilaian Pengalaman Pembelajaran
    KAEDAH JIGSAW

    • Satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar.
    • Dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seperti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).
    • Kaedah jigsaw menekankan 5 perkara dalam perlaksanaannya melalui perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:
      • Pergantungan secara positif
      • Tanggungjawab
      • Interaksi secara terus (bertentang mata)
      • Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian
      • Penilaian kendiri secara berterusan

    KRITIKAN TERBUKA

    • Membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop).
    • Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas.
    • Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.
    • Seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan 5 perkara:
      • Intonasi dan kejelasan suara,
      • Keyakinan diri di khalayak ramai,
      • Kelancaran bahasa,
      • Penampilan,
      • Maklum balas terhadap soalan yang diterima.
    • Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.
    • Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah.
    • Meningkatkan kemahiran komunikasi awam dalam kalangan pelajar.

    PENILAIAN RAKAN KUMPULAN (PRK)

    • Satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama.
    • Digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).
    • Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus.
    • Rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.



    Minggu 10 - Penilaian Aktiviti Bahasa

    Forum
    • Sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk.
    • Dijalankan secara formal.
    • Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana :
      a) pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung
      b) meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
    • Tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
    • Soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.

    Debat

    • Pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
    • Terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.
    • Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta.
    • Setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.
    • Pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.
    • Sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai.
    • Masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.

    Pidato

    • Huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
    • Pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
    • Hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.

    Pantun

    • Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi.
    • Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik mengusik, dan puji memuji.
    • Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
    • Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”.
    • Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan
    • Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
    • Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

    Sajak

    • Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair.
    • Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
    • Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
    • Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

    Ceramah

    • Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
    • Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
    • Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.
    • Antara jenis-jenis ceramah ialah :-
      i) Ceramah agama
      ii) Ceramah pendidikan
      iii) Ceramah kesihatan
      iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya

    Syarahan

    • Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
      (a) Kata alu-aluan/pendahuluan
      (b) Kata-kata penghadapan
      (c) Isi
      (d) Penutup
    • Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perludisampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
    • Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.
    • Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan
    • Peringkat / Langkah Kemahiran
      1) Persediaan
      · Memahami tajuk dan kehendak soalan
      · Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan
      · Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan
      2) Penulisan
      · Menulis perenggan pendahuluan
      · Mengembangkan isi-isi secara tersusun
      · Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup
      3) Penyemakan
      · Menyemak ejaan dan tanda baca.
      · Menyemak tatabahasa
      · Menyemak jumlah perkataan

    Minggu 9 - Kaedah Penilaian Bahasa

    Kemahiran Lisan
    Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu
    • Kemahiran mendengar

      • Kemahiran paling asas
      • Berlaku pada peringkat penerimaan
      • Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa yg didengar.

        Kemahiran bertutur

        • Melafazkan bunyi-bunyi bahasa drpd alat-alat artikulasi
        • Peringkat penglahiran
        • Perlu ditiru & diajuk
        • Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tapi model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yg baik.

        Tujuan Kemahiran Lisan

        • Menyebut perkataan / ayat dgn betul
        • Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain.
        • Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll).
        • Melatih murid agar berkeyakinan & percaya kepada diri (berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak)
        • Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yang tersusun, perkataan yang sesuai, & perbendaharaan kata yang luas.

        Kemahiran-kemahiran yg boleh diperoleh oleh murid :

        • Bertutur dengan tenang menggunakan gaya yang betul
        • Bertutur dengan nada, intonasi, & sebutan yang betul.
        • Mendengar dengan baik, memahami perkara yang didengar, & menghormati pertuturan orang lain.
        • Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul.
        • Berkebolehan memberi arahan dengan berkesan.
        • Mengunakan bahasa yang baik mengikut situasi.

        Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:

        • bacaan kuat
        • syarahan
        • perbahasan
        • bercerita
        • perbincangan
        • hafazan
        • temu bual
        • soal jawab
        • nyanyian
        • deklamasi sajak
        • mendengar dan memberi respon secara lisan

        Penilaian lisan membolehkan guru :

        • mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis.
        • mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
        • mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
        • mengesan kelancaran dalam sebutan.
        • mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.
        • Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.
        • Contoh : PLBS

        Menyediakan instrumen

        • soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
        • aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
        • pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir.
        • aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

        Konsep Kemahiran Mendengar

        • Gabungan segala yg didengar, difahami dan diingat.
        • Pendengaran berlaku melalui latihan khas yg dilakukan secara berperingkat-peringkat.
        • Individu lebih byk belajar drpd pengalaman drpd kecerdasan otak.
        • Harus berlaku menlalui pemikiran, bukan perasaan.
          Aspek fizikal, psikologi, neurologi mempengaruhi proses mendengar.
        • Pendengaran utk hiburan (tinfak balas positif)

        Peringkat Mendengar

        • mendengar deretan bunyi
        • Memahami bunyi-bunyi yg didengar
        • Menilai bunyi-bunyi yg didengar
        • Bertindak terhadap bunyi

        Jenis-jenis mendengar

        1. Mendengar pasif

        • Tidak berupaya memahami keseluruhan perkataan yg diujuarkan
        • Faktor bahan tidak menarik, tidak bermakna, persekitaran.

        2. Mendengar secara bertelau-telau

        • Berlaku pd pelajar bahasa ke-2
        • Lemah dalam bahasa yang dipelajari & tidak didedahkan kepada suasana bahasa tersebut.

        3. Mendengar tanpa tindak balas

        • Mendengar tp tidak bertindak balas
        • Tidak beremosi dan tidak memahami

        4. Mendengar secara menebuk-nebuk

        • Berlaku pada pelajar bahasa ibunda
        • Pasti & yakin telah menguasai bahasa tersebut tetapi sebenarnya tidak

        5. Mendengar secara beremosi

        • Mendengar & mampu meransang emosi
        • Merasa sesuatu dan bertindak balas

        6. Mendengar secara berhati-hati

        • Mendengar teliti (kata demi kata, ayat demi ayat)
        • Memahami ujaran dgn tepat

        7. Mendengar secara kritikal

        • Mampu membezakan yg benar & palsu (berfikir kritis dan analitis)
        • PnP KBKK

        8. Mendengar secara pengamatan

        • Murid sudah mampu berfikir kritikal
        • Mendengar berdasarkan pengalaman (membuatkan apa yang didengar lebih bermakna)

        9. Mendengar secara kreatif

        • Mengulas, mengritik, menilai
        • Mencapai penguasaan bahasa yang baik

        Peringkat-peringkat kemahiran mendengar & contoh :
        Peringkat awal

        • Melakukan sesuatu yang disuruh
        • Bertindak terhadap soalan-soalan mudah
        • Mengecam, mengajuk & memilih bunyi

        Peringkat pertengahan

        • Mengecam dan mengingat fakta (tepat dan terperinci)
        • Mengesan urutan
        • Mengenal sebab dan akibat

        Peringkat maju

        • Mengenal isi-isi penting
        • Mengenal peranan dan perhubungan org yang bercakap
        • Mentafsir maksud
        • Memberitahu tekanan dan intonasi

        Kemahiran Bertutur
        Konsep

        • Gabungan bunyi-bunyi bahasa
        • Berlaku pd peringkat penglahiran (setelah penutur belajar drpd pengalaman berbanding kecerdasan otak)
        • Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, jantina, dll mempengaruhi pertuturan
        • Pertuturan dikuasai dgn menumpukan aspek fonologi, struktur, intonasi, dan penguasaan sistem bunyi.

        Aspek-aspek Pertuturan

        1. Sebutan

        • murid-murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat
        • Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna.

        2. Tekanan

        • Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu.
        • Biasanya dilakukan pada suku kata.
        • Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.
        • Lambangnya ialah /?/.
        • Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.

        3. Panjang-pendek (Mora)(Harakat)

        • Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan
        • Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora.

        4. Kefasihan

        • boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar, tepat dan jelas.

        5. Laras bahasa

        • kemampuan menggunakan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang sesuai
        • melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya.
        • Bertujuan untuk berkomunikasi.

        6. Tatabahasa

        • merupakan satu sistem pertuturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat-ayat.
        • Tatabahasa terdiri daripada fonologi, morfologi, dan sintaksis
        • fonologi, murid harus boleh membunyikan kata dan menyebut dengan tepat.
        • morfologi, mereka harus memilih, membina, dan menggunakan perkataan dengan tepat dan betul.
        • sintaksis, murid harus boleh membina ayat-ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul, jekas dan kemas.
        • Penggunaan intonasi, tekanan, jeda, gaya, dan sebagainya haris sesuai dengan bahasa yang dituturkan.

        7. Jeda

        • jeda = persendian
        • digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistic seperti perkataan, rangkai kata atau ayat.
        • Dalam sesuatu ayat yang digunakan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar.
        • Lambang /#/ (apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza)
          /+/ = lambang pemisah antara suku kata atau perkataan.

        8. Intonasi

        • merupakan bunyi yang menaik atau menurun.
        • juga disebut sebagai nada suara
        • intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan.
        • intonasi boleh menaik, menurun, mendatar, meninggi, dan sebagainya.

        9. Nada

        • nada ialah keadaan bunyi yang menrik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata dilafazkan.
        • nada tidak bersifak fonemik.

        10. Kelancaran

        • bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas.
          murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan
        • menuturkannya dengan baik dan dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.

        Gaya Bahasa Berdasarkan Nada
        1. Gaya yg sederhana

        • Memberi arahan, perintah, pelajaran, bahan kuliah, dll.
        • Bertujuan utk menyampaikan maklumat, bahasa utk menyentuh perasaan atau menghasilkan suasana tertentu.

        2. Gaya bahasa mulia & bertenaga

        • Bertujuan utk menggerakkan pendengar / pembaca utk bertindak
        • Menekankan aspek tenaga yg ada pd bahasa melului pilihan atau susunan kata tertentu.

        3. Gaya menengah

        • Bertujuan utk menghasilkan suasana yang tenang dan damai.
        • Nada bersifat lemah lembut, penuh kasih sayang, dan mengandungi sifat lucu.
        • Cth situasi pesta dan rekreasi

        Faktor Mempengaruhi Pertuturan

        • Kecerdasan – kemampuan menghasilkan bahasa
        • Kesihatan – kanak-kanak sakit (penguasaan bahasa terganggu)
        • Fizikal – alat artikulasi
        • Alam sekeliling – sosioekonomi dan perhubungan keluarga
        • Jantina – perempuan cepat, lelaki lambat
        • Dwibahasa – ekabahasa lebih cepat
        • Umur – kelembutan & kebolehan menghasilkan bunyi mengikut umut. Kematangan alat artikulasi.

        Kemahiran (Menulis)
        Konsep

        Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti :
        — Karangan
        — Laporan projek/kerja kursus/folio
        — Latihan dan ujian bertulis
        — Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.

        Instrumen Penilaian Penulisan
        Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut :
        — Kemahiran menulis
        — Menyusun idea
        — Penggunaan tanda baca
        — Perbendaharaan kata
        — Mengaplikasi
        — Mentafsir
        — Menilai

        PERLU DIINGAT
        Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara berikut perlu diambil kira :
        — Soalan menepati kemahiran yang hendak diuji
        — Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
        — Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.
        — Aras kesukaran soalan dipelbagaikan
        — Skema pemarkahan disediakan

        Bentuk Item
        Bentuk Item Objektif (HYPERLINK)
        Bentuk Item Subjektif
        Mengesan Serta Merta
        • Tujuan – mengesan penguasaan hasil pembelajaran dgn serta-merta semasa pengajaran harian
        • Contoh : Menilai kefahaman dan pengetahuan serta kemahiran berbahasa melalui hasil kerja murid.
        • Merekod & Melapor :
        - Perlu direkod
        - Dilaporkan jika perlu
        • Bagaimana ?
        - Dirancang jika perlu
        - Individu @ kumpulan
        - Tiada instrumen khusus
        • Tindakan Susulan :
        • Perlu tindakan serta-merta seperti;
        - Bimbingan
        - Teguran
        - Nasihat
        - Pujian
        Mengesan Kemajuan
        Tujuan – mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran
        • Bagaimana?
        - Perlu dirancang
        - Individu @ kumpulan
        - Gunakan instrumen seperti :
        *lembaran kerja
        * Ujian bertulis
        • Merekod & Melapor
        - Perlu direkod
        - Dilaporkan jika perlu
        • Tindakan Susulan
        - Perlu tindakan susulan
        • Contoh :
        -menilai laporan bertulis
        - Menilai murid melalui ujian: objektif @ subjektif
        Mengesan Pencapaian
        • Tujuan – mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran
        • Bagaimana?
        - Perlu dirancang
        - Secara individu
        - Gunakan ujian bertulis
        • Tindakan susulan
        - Harus diambil jika perlu
        • Contoh :
        - Melalui ujian bertulis seperti ujian objektif dan subjektif
        • Merekod & melapor
        - Perlu direkod
        - Perlu dilapor

        Kemahiran ( Membaca)
        Pelbagai teknik boleh digunakan oleh pelajar untuk memudahkan pemahaman pembacaan bahan antaranya :

        • SQ3R,1H+5W, SKIMMING, SCANNING,KWLH dll.
        • ‘Satu proses di mana seseorang melihat dan memahami apa yang ditulis’ (WILLIAMS 1984)
        • ‘Reading can be seen as a process of recreating the text in the reader’s mind’ (WALTER1985)
        • Membaca ialah satu proses di mana seseorang mendapat maklumat dari bahan yang dibaca. Ia adalah kebolehan memahami simbol-simbol atau tulisan yang dilihat.
        • Membaca dengan tidak memahami apa yang dilihat atau disebut bukanlah membaca. Ia hanya sekadar melihat atau menyebut simbol-simbol

        Tujuan Pembacaan

        • Mengetahui isi-isi penting.
        • Menentukan apakah fakta, konsep dan contoh penting yang perlu difahami dan diingati.
        • Memastikan pelajar dapat memahami dan seterusnya dapat membuat nota ringkas supaya mudah diingati dan difahami.

        Cara Gaya Pembacaan

        • Membaca mesti dilakukan ditempat yang sesuai dengan kaedah dan gaya pembelajaran anda.
        • Persediaan yang cukup.
        • Tumpukan perhatian, minat dan fikiran
        • Gunakan satu alat/teknik sebagai penunjuk semasa membaca.

        Peringkat Bacaan

        • Kesediaan Membaca
        • Prabacaan
        • Membaca secara mekanis
        • Membaca secara mentalis
        • Bacaan Intensif
        • Bacaan Ekstensif

        Aspek-Aspek Berkaitan Kemahiran Membaca

        • Kadar kelajuan
        • Pergerakan mata
        • Mengenal pasti struktur ayat
        • Membaca secara kuat
        • Membaca secara aktif
        • Menunjuk
        • Motivasi
        • Gerak hati atau jangkaan
        • Keadaan fizikal

        Peringkat-Peringkat Pemahaman
        Peringkat Lateral

        • Pengetahuan dan pemahaman murid
        • Mengingat semula isi karangan dan perlu mempunyai kelebihan memahami

        Interpretasi

        • Murid mampu mentafsir makna berdasarkan pembacaan ringkas
        • Menentukan sebab petikan tersebut ditulis
        • Menggabungkan fakta untuk membuat rumusan

        Inferens

        • Murid mampu berfikir sendiri tentang isi petikan
        • Menentukan sebab dan akibat

        Menilai

        • Peringkat analisis dan sintesis
        • Membentuk soalan atau mampu memahami soalan peringkat tinggi mengikut Taksonomi Bloom
        • Mampu membezakan yang baik dan buruk.
        • Mempunyai pendapat tersendiri.

        Teknik SQ3R

        • Diperkenalkan oleh Robinson (1961).
        • Satu kaedah yang memerlukan seseorang mempersoalkan kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
          S – Survey (Kaji)
          - Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.
          q Q – Question (Soal)
          - Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.
          q R – Read (Baca)
          - Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S dan Q.

        S - SURVEY

        1. Sebelum anda membaca sesuatu atau belajar sesuatu, anda perlu tahu apa yang anda mahu cari sebenarnya, maklumat apa yang anda perlukan dan apa yang anda akan jumpa semasa anda membaca buku itu.
        2. Sekiranya anda dapat berfikir sebegini, MINDA AKAN LEBIH FOKUS sebenarnya.
          Tips penting :
          a. Perhatikan sebarang huruf yang besar/yang dihitamkan/digariskan. Merupakan petunjuk bahawa ia adalah penting. Jika diabaikan, mungkin akan tertinggal isi penting dan tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan.
          b. Perhatikan – gambar/ilustrasi mengenai bab yang akan dibaca. Ianya sangat membantu dalam memahami bab tersebut.
          c. Teka – apa yang akan anda baca sebentar lagi.
          d. Lihat soalan-soalan yang disediakan di akhir bab.

        Q – QUESTION (SOAL)

        1. Ada satu perkara ajaib mengenai soalan, soalan boleh membuat minda anda terbuka untuk mempelajari sesuatu.
        2. Apabila anda menyoal diri anda, anda jadi berminat untuk mengetahui jawapannya.
        3. Apabila anda berminat untuk mengetahui sesuatu jawapan, anda akan jadi lebih fokus.
        4. Soalan membuat anda sedar apa yang anda cari, anda akan lebih mudah menjumpainya.
        5. Soalan sebenarnya meningkatkan tahap ingin tahu dalam diri kita.

        R – READ (BACA)

        1. Membaca ada kaitan dengan berfikir.
        2. Semasa membaca, anda perlu berfikir – ingat langkah-langkah dalam S dan Q tadi.
        3. Aktifkan minda semasa membaca, cari jawapan kepada soalan yang anda fikirkan.
        4. Apabila anda aktif berfikir semasa membaca, anda akan menumpukan sepenuh perhatian, dan minat anda untuk terus membaca juga akan semakin meningkat.
        5. Apabila terjumpa dengan jawapan kepada soalan yang anda fikirkan, anda akan lebih mudah ingat.
        6. Tips penting :
          a. Tuliskan soalan di atas kertas dan letakkan kertas di sebelah anda ketika membaca. Sekali-sekala, lihat semula kertas itu untuk mengingatkan diri anda kepada soalan-soalan tersebut.
          b. Jangan risau sekiranya anda rasa sukar, janggal atau tidak selesa pada permulaannya, merupakan perkara biasa. Teruskan menggunakan teknik ini, anda akan biasa, selesa dan seronok akhirnya.

        R – RECITE (LAFAZKAN SEMULA)

        1. Selepas habis membaca satu-satu bab, berhenti seketika dan cuba ingat semula apa yang telah anda baca.
        2. Ingat semula soalan-soalan anda dalam langkah awal tadi dan cuba jawab soalan-soalan tersebut.
        3. Jika tak ingat jangan teruskan membaca, semak semula.
        4. Setelah yakin dan faham, serta dapat menjawab soalan tersebut teruskan membaca bab yang seterusnya.

        R – REVIEW (ULANG)

        1. Setelah habis membaca, lihat semula semua soalan yang telah anda fikirkan tadi. Cuba jawab semua soalan dalam minda anda. Jika rasa tidak berapa ingat, anda boleh buka semula muka surat berkenaan dan cari semula maklumat tersebut.
        2. Bayangkan apa yang anda baca tadi dalam bentuk tayangan gambar, bayangkan anda melihat tayangan gambar penerangan itu dari awal hingga akhir.
        3. Anda juga boleh bayangkan soalan itu keluar dalam kertas peperiksaan.
        4. Akhir sekali, tuliskan semula di atas kertas apa yang telah anda dapat atau ingat dari pembacaan anda tadi.

        Kelebihan Teknik SQ3R

        • Dapat melatih diri menjadi seorang yang berkesan dalam melakukan tugas sebagai pelajar.
        • Dapat membaca buku dalam masa yang singkat dan ingat serta faham lebih banyak maklumat.
        • Lebih fokus terhadap apa yang kita baca.
        • Perlu dijelaskan instrumen kemahiran membaca.

        Minggu 8 - Kaedah Penilaian Bahasa

        Projek

        Pengenalan
        • Aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu.
        • Dalam konteks sekolah, projek bermaksud dilakukan secara amali.
        • Tugasan dijalankan secara individu atau kumpulan.
        • Penilaian dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil disediakan.
        • Interaksi di antara guru , rakan sebaya dan pihak lain adalah sangat penting.
        • Projek dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan.

        Tujuan

        • Menggalakkan pelajar bekerjasama.
        • Murid berpeluang untuk menunjukkan kreativiti
        • Memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar.
        • Memberi peluang pelajar untuk memimpin,
        • Memberi suatu suasana pembelajaran untuk pelajar yang segan dan malu berbincang.

        Garis panduan laporan projek

        • Tunjukkan kerumitan yang mungkin bagi sesuatu topic.
        • Tentukan kriteria penilaian.
        • Elakkan perkara yang terlalu abstrak.Gunakan kosa kata yang sesuai.(Laras bahasa)
        • Guna contoh yang sesuai.
        • Hubung kait topik dengan pengalaman sendiri.

        Langkah menjalankan projek

        1. Penentuan tajuk dan skop
        2. Penilaian awal projek
        3. Pelaksanaan strategi
        4. Pemprosesan maklumat
        5. Penilaian hasil projek

        Minggu 7 - Kaedah Penilaian Bahasa

        Kontrak Pembelajaran

        • Perjanjian Pembelajaran
        • Suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajar ( individu / kumpulan )
        • Dibuat secara bertulis
        • Ditandatangani apabila kedua belah pihak bersetuju dengan kriteria / syarat yang disenaraikan.
        • Terdapat kompromi dalam kriteria yang dikenakan
        • Kriteria ditetapkan oleh guru
        Kriteria-kriteria yang berkaitan
        • Bentuk akhir tugasan yang dihasilkan
        • Bagaimana tugasan itu dilaksanakan
        • Tempoh tugasan itu perlu disiapkan
        • Konsekuen yang akan diterima oleh pihak yang gagal memenuhi/mematuhi kontrak tersebut
        Fungsi
        • Pelajar mengenal pasti & merekod
        • Menetapkan objektif & matlamat pembelajaran kendiri
        • Kenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut
        • Tetapkan jangka masa pelaksanaan & penghasilannya
        • Pamerkan bukti yang menunjukkan objektif telah tercapai
        • Tentukan bagaimana & pada tahap mana pencapaian matlamat atau tugasan dinilai
        • Beri peluang kepada pelajar untuk tentukan matlamat pembelajaran mengikut minat & keupayaan masing-masing
        • Hasilkan kerja yang terancang
        • Bantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses penyiapan tugasan
          Bagaimana ia digunakan?
          Penilaian objektif tugasan
        • Guru tentukan objektif, manakala pelajar tetapkan strategi pelaksanaan
        • Guru sarankan beberapa set objektif, kemudia pelajar pilih mana-mana yang difikirkan paling sesuai
        • Pelajar rangka beberapa objektif, kemudian guru persetujui mana-mana yang paling sesuai
          Hasil pembelajaran
        • Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran bentuk tugasannya sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dan sebagainya.
        • Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan terlebih dahulu oleh guru
        Penilaian
        • Pelajar nyatakan gred akademik yang diharapkan & sistem penggredan untuk keseluruhan dalam kontrak mereka
        • Guru tentukan sistem penggredan & kaedah penilaian keseluruhan proses serta hasil tugasan
        • Gred terakhir boleh dibincangkan. Kompromi di antara guru & pelajar berdasarkan syarat-syarat / kriteria tertentu
        • Dibuat oleh individu berkenaan & rakan sebaya
        Format / bentuk
        • Keperluan tugasan/kontrak boleh dibuat dalam mengikut bentuk keperluan tugasan/kontrak & pihak yang terlibat
        • Sesetengah kontrak/tugasan berbentuk formal; prosedur dinyatakan dengan jelas & rapi
        • Terdapat juga berbentuk tidak formal tetapi terancang & jelas
        Rumusan
        • KP melatih pelajar membuat refleksi dan andaian serta ramalan terhadap proses dan kesan tindakannya dalam merancang tugasan pembelajarannya.
        • Pelajar juga dikehendaki memperoleh dan memilih maklumat yang sesuai, disamping memperlihatkan bukti yang kukuh tentang kesahihan maklumat.
        • Ini memerlukan pelajar tersebut berfikiran kritis dan kreatif, berinovasi dan sedar tentang hala tujunya dalam pembelajaran tersebut.
        Soal Jawab
        • Guru akan dapat menilai murid-muridnya melalui soal jawab yang dijalankan di dalam kelas.
        • Guru dapat mengetahui kelemhan setiap murid dalam sesuatu topik yang diajarkan.
        • Guru dapat mencari penyelesaian terhadap kelemahan yang dialami oleh murid.
        • Jika ada di antara murid yang tidak faham tentang topik yang diajar, proses pembelajaran akan diulang semula. guru akan mengajar murid yang lemah itu dengan menggunakan kaedah yang lebih mudah lagi.
        • Tujuannya supaya murid itu memahami serta mengikuti segala topik yang sedang diajar itu.

        Saturday, August 7, 2010

        Minggu 6 - Kaedah Penilaian Bahasa

        KAEDAH MELALUI PORTFOLIO

        Definisi portfolio

        Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.



        Ciri-ciri portfolio

        • Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.
        • Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
        • Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.
        • Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
          Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

        Penilaian Portfolio

        • Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.
        • Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.
        • Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.

        Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina

        • Porfolio kerja harian
        • Portfolio hasil terbaik
        • Portfolio dokumen

        Portfolio Kerja Harian

        • Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
        • Contohnya: Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.

        Portfolio Hasil Terbaik

        • Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.
        • Berbentuk sumatif
        • Contohnya: Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.

        Portfolio Dokumen

        • Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
        • Contohnya: Hasil lukisan daripada warna tersebut.

        Kegunaan Portfolio

        • Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.
        • Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
        • Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.
        • Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
        • Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.


        Perancangan Portfolio

        • Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:
        • Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
        • Kenalpasti isi kandungan portfolio.
        • Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
        • Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.

        Bagaimana Portfolio dinilai

        • Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
        • Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
        • Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

        Merekod Penilaian Portfolio

        • Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.
        • Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penetuaan gred.
        • Kriteria penilaian:
          • Struktur dan organisani

          • Strategi pengurusan

          • Variasi isi yang sesuai

          • Struktur ayat dan gaya bahasa

          • Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.

          • Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.

          • Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.

        PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

        • Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P.
        • Meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.
        • Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profile.
        • Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.
        • Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.
        • Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian:7.
          • Kualiti Pemerhatian

          • Bentuk perancangan

          • Merekod penilaian pemerhatian

          • Jenis Pemerhatian

          • Strategi pelaksanaan

          • Fungsi penilaian melalui pemerhatian.

        Kualiti Pemerhatian

        • Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan persekitarannya.
        • Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
        • Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
        • Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.
        • Tekal dan stabil dalam penilaiannya.

        Bentuk Perancangan

        • Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
        • Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
        • Merangka tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.

        Merekod penilaian pemerhatian

        Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:

        1. Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan
          Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
        2. Menjalankan Tugasan
          Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
        3. Cara merekodkan dapatan dan rumusan
          Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
        4. Tindakan Susulan
          Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.

        Rekod anekdot

        Boleh digunakan untuk menialai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti berikut:

        1. Kecekapan linguistik (bidang bahasa)
          Keupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat hati, menyakinkan dan merangsang.
        2. Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu
          Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.
        3. Muzik
          Keupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu.
        4. Kecekapan (body khanisthetic)
          Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.
        5. Kecekapan intrapersonal
          Keupayaan memahami perasaan dan emosi diri.
        6. Kecekapan interpersonal
          Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.

        Jenis pemerhatian

        Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu:

        • Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsian (interpretation) dab tanggapan (judgement). Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
        • Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara “open ended”. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
        • Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuense.

        Strategi Pelaksanaan

        • Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
        • Menggunakan senarai semak.
        • Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian
        • Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
        • Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
        • Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

        Fungsi Pemerhatian

        • Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar
        • Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

        Saturday, July 31, 2010

        Minggu 5 - Jenis Penilaian Bahasa

        UJIAN FORMATIF


        • Ujian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka.
        • Ujian ini dijalankan semasa kursus diadakan dan tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses pembelajaran.
        • Ujian formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.
        • Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran.
        • Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada pelajar.
        • Oleh itu ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan.
        • Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar.

        Keberkesanan Menjalankan Ujian Formatif

        • Menentukan Tajuk Pengajaran
        • Menentukan Aspek dan Tahap Penguasaan
        • Menghubungkan Elemen dengan Tajuk
        • Membina Soalan Ujian
        • Mencadangkan Tindakan Susulan

        UJIAN SUMATIF

        • Ujian sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyekuruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran.
        • Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.
        • Ujian sumatif ialah ujian yang dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program.
        • Ia bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang pencapaian pelajar pada kursus itu, atau untuk mengetahui setakat mana keberkesanan program yang telah dijalankan itu.
        • Ujian sumatif juga diguna untuk tujuan persijilan.
        • Contoh ujian sumatif ialah ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

        UJIAN KEFASIHAN

        • Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa.
        • Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka.

        UJIAN KEMAJUAN

        • Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas.
        • Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara –perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu.
        • Ujian ini kerap digunakan di dalam bilik darjah.
        • Tiap-tiap ujian kemajuan yang di gunakan di dalam bilik darjah adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru darjah itu sendiri, kerana dia mempunyai pengetahuan penuh mengenai keperluan ujian yang direkabentuk olehnya itu.
        • Tujuannya adalah berasaskan kepada objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar dan pengetahuan pelajar yang ingin diuji.
        • Adalah tidak wajar untuk menggunakan ujian umum seperti SRP untuk memenuhi keperluan sesuatu keadaan yang khusus di dalam bilik darjah. Jadi, guru digalakkan membentuk ujiannya bagi memenuhi keperluannya sendiri.
        • Ujian kemajuan ini bertujuan untuk mengukur dan menilai, setakat manakah pelajar-pelajar telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang diajarkan di bawah satu-satu tajuk tertentu.
        • Ujian itu berasaskan kepada rancangan pelajaran yang telah diikuti oleh pelajar.
        • Jadi ujian itu bukan saja penting untuk menilai kemajuan pelajar dalam pelajarannya, tetapi juga tugas-tugas guru itu sendiri dalam mengajar murid-muridnya.
        • Hasil daripada ujian kemajuan ini membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap orang pelajarnya dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhan.
        • Satu ujian kemajuan yang tinggi mutunya dapat mengerakkan motivasi pelajar ke arah pencapaian yang lebih tinggi dengan cara yang lebih positif.
        • Jadi ujian ini merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan mengukuhkan pembelajaran dan aspek-aspek tertentu yang telah dipelajari.
        • Biasanya satu ujian kemajuan harus menghasilkan markat pencapaian yang tinggi dan ini akan mendorong pelajar untuk berusaha lagi.

        UJIAN BAKAT

        • Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.
        • Ujian bakat di dalam bahasa Malaysia ialah ujian yang dibentuk untuk mengukur prestasi yang mungkin dicapai oleh pelajar di dalam bahasa itu.
        • Adalah dianggapkan bahawa bukan semua orang, khususnya bukan Melayu, mempunyai bakat untuk mempelajari bahasa Malaysia.
        • Bakat untuk mempelajari bahasa sangat kompleks dan melibatkan berbagai faktor seperti kecerdasan, umur, motivasi kuasa ingatan, kebolehan mengenal pasti bunyi bahasa dan pola-pola tatabahasa.
        • Dengan itu tidak mungkin dan tidak perlu diuji semua aspek bahasa di dalam satu ujian.
        • Oleh sebab itu, biasanya ujian bakat dibahagikan mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang ingin dipelajari oleh pelajar, umpamanya kemahiran bertutur.

        UJIAN PENCAPAIAN

        • Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran.
        • Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.
        • Ujian ini tidak jauh berbeza daripada ujian kemajuan.
        • Ujian pencapaian lebih rasmi dan bertujuan untuk mengukur pencapaian secara lebih menyeluruh, seperti ujian atau peperiksaan akhir tahun dan penggal sekolah.
        • Kebanyakan ujian pencapaian merupakan ujian umum seperti SRP dan SPM.
        • Ujian seperti ini adalah berasakan kepada apa yang dianggap telah dipelajari oleh pelajar.
        • Ujian ini merupakan peperiksaan untuk menentukan penempatan jenis sekolah dan jurusan pelajar.
        • Pembentukan ujian itu berasaskan kepada sukatan pelajaran rasmi yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
        • Dalam peperiksaan umum seperti ini, bahan–bahan yang dibentuk biasanya dipra-uji dulu.
        • Tiap-tiap butiran peperiksaan dianalisis melalui proses analisis butiran.
        • Butir-butir yang sesuai dikekalkan dan lain-lain, sama ada dibuang, diubah atau diperbaiki, berasakan analisis tersebut.
        • Kadang-kadang ujian pencapaian digunakan juga sebagai ujian kemajuan, jika tujuannya ialah khas untuk melihat kemajuan pelajar di dalam pelajarannya.

        Saturday, July 24, 2010

        Minggu 4 - Pembinaan Ujian

        PEMBINAAN UJIAN
        • Objektif
        • Subjektif

        Objektif

        • Ketelusan & ketepatan
        • Merupakan respon item bebas
        • Pilih satu jawapan daripada beberapa jawapan yang disediakan
        • Mempunyai pokok soalan ( kata kunci ) & beberapa pilihan jawapan

        KELEBIHAN OBJEKTIF

        1. Mudah - membina soalan & untuk memeriksa
        2. Mempunyai ciri kebolehpercayaan - boleh ditadbir & masa menjawab yang mencukupi
        3. Menguji banyak topik
        4. Ada ujian diagnostik
        5. Mudah ditafsir

        KELEMAHAN

        1. Tidak dapat beri hujah yang bernas
        2. Menggalakkkan tekaan
        3. Sukar dibina
        4. Tidak dapat mengukur tahap kebolehan pelajar
           

        JENIS-JENIS SOALAN OBJEKTIF

        1. Item Betul-Salah

        • mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja : betul ( B ) /salah ( S ), Setuju ( S ) / tidak setuju ( TS )atau ya ( Y ) / tidak ( T )
        • melibatkan penerimaan / penafian. Contoh : Lawan bagi perkataan pantas ialah lambat.
          ( Ya / Tidak )

        2. Item Padanan

        • Mengandungi dua kumpulan objek / perkara yang berkaitan.
        • Pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek/perkara di sebelah kiri dengan objek/perkara di sebelah kanan.

        3. Item Aneka Pilihan

        • Golongan item tetap kerana diberikan tindakbalas terbatas.
        • Contoh : Item aneka pilihan berbentuk soalan
          1. Di antara ayat-ayat ini yang manakah merupakan ayat permintaan?
          A) Pergi kau dari sini!
          B) Jangan balik sebelum kamu habiskan latihan ini.
          C) Silalah datang ke sini selalu
          D) Kamu hendaklah rajin belajar jika mahu jadi pandai.
        • Pokok soalan boleh berbentuk ayat tidak lengkap ( Contoh : Isi tempat kosong ) dan boleh berbentuk kenyataan dengan beberapa pilihan jawapan.
        • Harus mempunyai soalan yang jelas & pengganggu
        • Pokok soalan ayat tidak lengkap : Dia berusaha____________syair yang ditulisnya
        • Banyak jenis cantuman, urutan
        • Jenis soalan pengelasan : Mengandungi 2 objek yang berkaitan.  

        Panduan Pembinaan Ujian Objektif
        1. Pokok Soalan

        • Bahasa mudah
        • Ayat mudah difahami
        • Kurangnya soalan berbentuk negatif. Contoh : Tidak benar, Kecuali, Bukan.
        • Gambarajah & carta mestilah disertakan dengan soalan berkaitan

        2. Pilihan jawapan hendaklah ditulis sejajar dengan pokok soalan.

        • A ) Jawapan pendek -----> D ) Jawapan panjang
        • Sekiranya jawapan menggunakan huruf, hendaklah menggunakan huruf kesemuanya.
        • Elakkan ulangan perkataan
        • Perlu ada pengganggu soalan
        • Elakkan jawapan " Tiada jawapan" / " Semua di atas "

        3. Struktur item/jawapan

        • Guna roman / nombor biasa

        4. Bahan rangsangan

         
        JENIS-JENIS SOALAN SUBJEKTIF
        • Struktur ( Terhad )
        • Esei ( Lanjutan )

        *Soalan jenis tindakbalas terhad
        • memerlukan jawapan terhad
        • Jawapan pendek
        • Markah terhad
        • Calon boleh tulis jawapan 1 ayat, 1 frasa / 1 pernyataan
        • Soalan jenis tindak balas lanjutan ( esei )


        PANDUAN PEMBINAAN SUBJEKTIF

        1. Bentuk JSU
        2. Guru gubal soalan : Berbentuk esei atau struktur
        3. Tugas soalan hendaklah lengkap & jelas
        4. Tentukan perkataan yang digunakan setaraf dengan calon
        5. Guna perkataan seperti bandingkan, nilaikan, terangkan & jelaskan
        6. Bilangan soalan yang berpatutan : mempunyai ciri kebolehtadbiran
        7. Sediakan skema pemarkahan
        8. Cara memeriksa ialah Holistik & Analitik

        KELEBIHAN SUBJEKTIF

        1. Mudah digubal
        2. Sangat sesuai untuk semua mata palajaran
        3. Sangat sesuai untuk ukuran keenam-enam aras
        4. Boleh menggalakkan calon menganalisis & mengintergrasikan idea-idea yang diperolehi
        5. Mengurangkan konsep meneka

        KELEMAHAN SUBJEKTIF

        1. Bidang yang diuji terhad
        2. Boleh diramal
        3. Mengujur pengetahuan pelaja dalam satu bidang sahaja.
        4. Pemeriksaan mengambil masa yang panjang.

        Saturday, July 17, 2010

        MINGGU 3 : JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

        JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
        Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Beberapa pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknyamewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponenpengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untukmemastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran/objektif pengajaran.Pengubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan JSU, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. Akhir sekali, sebelum ujian tersebut ditadbirkan, item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar mata pelajaran tertentu. Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil (Hale, 1980). Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta duahala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan demikian, JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandunganpengajaran daripada awal hingga akhir. Dengan demikian, JSU seharusnya dibina seawall mungkin, misalnya sebelum kita memulakan pengajaran.

        Langkah Pembinaan JSU
        Dalam pembinaan JSU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu:
        (1) mengkaji sukatan pelajaran
        (2) menganalisis objektif pengajaran
        (3) menentukan jenis soalan
        (4)menentukan bilangan soalan.

        1. Mengkaji Sukatan Pelajaran
        Anda perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah:
        • skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk
        • pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk
        • kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain
        • kompleksiti sesuatu tajuk
        • masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

        2. Menganalisis Objektif Pengajaran
        Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya, seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini. Maklumat-maklumat di atas adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisisan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi dua paksi utama, iaitu:i. Paksi Kandungan Paksi Objektif Pengajaran: Kandungan Pengetahuan
        • Tajuk
        • Tajuk kecil

        Objektif Kognitif: Kandungan Kemahiran
        • Tajuk
        • Tajuk kecil

        Objektif Psikomotor :Kandungan Afek/Perasaan
        • Tajuk
        • Tajuk kecil

        Objektif Afektif: Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan,yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang biasanyaditunjuk dengan menggunakan bilangan soalan.3. Menentukan Jenis SoalanBagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur. Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk “Struktur ayat” pada peringkat “Aplikasi”, maka jenis soalan yang sesuai ialah soalan jenis “Objektif” yang berbentuk “melengkapkan ayat” atau soalan jenis “Subjektif” yang berbentuk “menggubal ayat-ayat”. Jenis-jenis soalan/item dan cara membinanya akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.4. Menentukan Bilangan SoalanJumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian member markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur.Perkara-perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.Kepentingan JSUJPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan Pembina item/soalan ujian. Antara kepentingannya ialah:• kertas ujian dapat digubal secara sistematik;• kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;• taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;• ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran; dan• aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina olehpembina lain.LANGKAH AM PENYEDIAAN ITEM UJIANTerdapat lima (5) langkah am pembinaan item ujian, iaitu (1) meyediakan JPU, (2)menulis item ujian, (3) menyemak item ujian, (4) menilai item ujian, dan (5) membuatkajian rintis terhadap keseluruhan item.1. Menyediakan JPULangkah awal dalam pembinaan item ujian ialah menyediakan JSU seperti yang dijelaskan sebelum ini, iaitu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan. Tujuan utama penyediaan JSU ialah supaya item-item ujian yang dibina itu mewakili keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan. Perancangan awal ini dapat menjamin soalan-soalan ujian yang terhasil akan dapat mengukur pengetahuan, kemahiran atau sikap yang kita ingin pelajarpelajar kita kuasai.Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada kita tentang bentuk soalan yang akan digunakan. Sebagai contoh, soalan berbentuk penyelesian masalah perlu dibina sekiranya kita ingin mengukur keupayaan pelajar kita menyelesaikan masalah matematik. Sekiranya kita ingin pelajar memahami kesan sejarah ke atas perpaduan kaum, misalnya, mungkin soalan subjektif berjawapan panjang adalah lebih sesuai daripada soalan objektif. Seterusnya, jika pelajar dikehendaki mengingat tarikh penting dalam sejarah, mungkin soalan beraneka pilihan/mengisi tempat kosong adalah lebih sesuai.2. Menulis Item UjianSebaik sahaja anda siap menyediakan JSU (yang sebaiknya mengandungi jenis dan bilangan item ujian bagi setiap tajuk dan objektif pengajaran), anda telah bersedia untuk membina/menulis item-item ujian. Walaupun terdapat bentuk item ujian, seperti item beraneka pilihan (multiple-choice item), item mengisi tempat kosong (fill-in-the-blank item), item berjawapan pendek (short-answer item), item betul-salah (true-false item), item padanan (matching item) atau item esei (essay item), terdapat beberapa prinsip pembinaan item yang sama, yang boleh digunakan untuk menulis item-item ini. Prinsipprinsip tersebut dijelaskan dalam bahagian berikut.• Arahan menjawab bagi setiap item hendaklah ringkas dan mudah difahami pelajar, misalnya,“Sila isikan ruang kosong dalam soalan berikut dengan satu perkataan sahaja”.• Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahami maklumatdalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya akan membantu pelajarmemberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan.• Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/kemahiran yang spesifikdaripada tajuk pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk pengetahuan/ kepintaran am.• Biasanya, kita meminta pelajar memberi jawapan yang “benar”, tetapi ada kalanyakita meminta mereka memberi jawapan yang “tidak benar”. Dalam keadaan ini, arahanmenjawab hendaklah jelas, seperti menggunakan huruf besar.• Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran yangdikehendaki. Contohnya, unit ukuran dalam meter dan tepat kepada dua titik perpuluhan.3. Menyemak Item UjianSelepas semua item ujian siap ditulis, kita perlu menyemak semula item-item tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:• Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat dan mudahdifahami pelajar.• Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar dan mengandungimaklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi.• Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif pengajaran.• Soalan yang diberi, terutama soalan jenis objek, tidak mengandungi petanda (clue) kepadajawapan yang dikehendaki.4.Menilai Item UjianSelepas semua item ujian disemak oleh pembina/penulisnya, item-item ini perlu disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran. Semakan dan penilaian ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara yang hampir sama dengan apa yang disebut di atas, iaitu:• Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan adalah mudah difahami pelajar.• Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukupuntuk pelajar menjawabnya.• Soalan-soalan yang dibina adalah mencukupi dan semimbang untuk mengukur kandungandan objektif pengajaran yang ditetapkan.• Jawapan yang diberikan oleh penulis adalah mengikut kehendak soalan dan boleh dijawabdalam masa yang diperuntukkan.5. Membuat Kajian Rintis Terhadap Keseluruhan ItemSelepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran, sebaiknya, kajian rintis dibuat terhadap keseluruhan item/kertas ujian. Kajian rintis di sini bermaksud kajian awal tentang kesesuain item-item kepada pelajar yang setara dari segi keupayaan dengan pelajar sasaran. Biasanya, kajian rintis tidak dibuat untuk menjaga kerahsiaan ujian. Bagaimanapun, kajian rintis perlu dibuat untuk soalan-soalan yang ingin disimpan dalam bank soalan. Kajian rintis begini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:• Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan dapat difahami pelajar dan tidakada kesilapan ejaan/istilah yang digunakan.• Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukupuntuk pelajar menjawabnya.• Soalan-soalan yang diberikan adalah sepadan dengan kandungan pelajaran yang diajar gurudan tidak ada soalan yang “terkeluar” daripada kandungan tersebut.• Pelajar dapat menjawab soalan-soalan dalam masa yang diperuntukkan mengikut kehendaksoalan

        Saturday, July 10, 2010

        Minggu 2 - Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl

        TAKSONOMI
        Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]

        Pengenalan Taksonomi

        • Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.
        • Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.
        • Terdapat tiga domain utama dalam pendidikan iaitu :-
          o Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
          o Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.
          o Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

        Taksonomi Bloom

        • Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
        • Bercorak hierarki ( dari tahap rendah ke tahap tinggi).
        • Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.

        Terdapat 6 aras dalam taksonomi bloom iaitu:-

        • Tahap 1 – Pengetahuan
          • Menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.

          • Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.
        • Tahap 2 – Kefahaman
          • Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.

          • Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.

        • Tahap 3 - Aplikasi
          • Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.

          • Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya

        • Tahap 4 – Analisis
          • Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.

          • Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya

        • Tahap 5 – Sintesis
          • Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.

          • Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.

        • Tahap 6 – Penilaian
          • Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

          • Perkataan yang biasa digunakan ialah berikan alas an, kritikan.buktikan dan sebagainya.

        Domain Kratwohl (Domain Afektif)

        • Krathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julungkali menggunakan terminologi ‘afektif’ (affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain penting dalam hidup manusia.
        • Ia digunakan sebagai satu lagi objektif pengajaran di samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang telah diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956.
        • Krathwohl mengkategorikan domain afektif kepada beberapa bahagian iaitu :
          • Penerimaan

            • Penerimaan merupakan satu bentuk kesediaan atau penerima sesuatu yang ingin disampaikan. Individu tidak akan menolah ransangan. Tindakan adalah terhad.

          • Gerak balas

            • Seseorang akan bertindak balas kepada ransangan yang diterima disebabkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. Motif ini adalah motif ingin tahu. Tindak balas ini akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan. Gerak balas pada mulanya atas arahan terpaksa dan akhirnya akan menjadi kepuasan.

          • Penilaian

            • Seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatab yang dilakukan kepada masyarakat.

            • Nilai atau motif ini boleh dianggap motif luaran atau menjadi landasan kepada setiap individu.

            • Jenis penilaian:
              · penerimaan semua nilai yang menjadi landasan kepada penerimaan
              · pemilihan nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepada landasan pendiriannya
              · komitmen memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan pendirian dan menerima cabaran

          • Organisasi

            • Seseorang itu boleh menyusun semula sesuatu nilai kepada suatu set susunan yang sistematik. Pengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian di antaranya dan menyusun nilai-nilai konsep itu.

          • Perwatakan

            • Seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

        Saturday, July 3, 2010

        Minggu 1 - Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

        PENTAKSIRAN

        • Merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan.

        Definisi Pentaksiran

        • Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

        Tujuan Pentaksiran

        • Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
        • Menilai aktiviti yang dijalankan semasa p&p.
        • Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang p&p.
        • Memperbaiki pengajaran-pembelajaran.

        Ciri-ciri Pentaksiran Yang Baik

        • Ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.
        • Kelicinan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah.
        • Maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskriminasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran.
        • Terkandung soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting.

        PENGUJIAN
        Definisi

        • Tuckman (1975) – satu jenis atau kumpulan alat pengukuran yang biasanya digunakan untuk mengetahui tentang seseorang.
        • Gagne (1970) - cara yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang individu (perkaitan dengan pembelajaran)


        KEPENTINGAN PENILAIAN DAN UJIAN

        • Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada murid-murid dalam perkara-perkara yang hendak diajar.
        • Membantu guru mengetahui sejauh manakah murid-murid mereka telah dapat menguasai atau mempelajari akan apa yang telah disampai.
        • Bertujuan untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Ini penting untuk penilaian perpektif pencapaian atau prestasi seseorang individu.
        • Membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam suatu bidang subjek dengan bidang lain.
        • Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka.
        • Untuk membuat jangkaan akan potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.
        • Membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.

        Langkah-langkah membina

        1. Menyemak unit-unit yang diajar dan menentukan apa yang harus diuji (Jadual Penentu Ujian)
        2. Menentukan objektif ujian dan menyediakan rangka ujian.
        3. Menulis soalan.
        4. Mentadbir ujian.
        5. Menganalisa keputusan
        6. Menilai pengajaran
        7. Menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan.

        PENILAIAN

        • Satu aktiviti atau proses yang bersistematik bagi mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran.
        • Terdapat dua proses penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.

        Definisi Penilaian

        • Stufflebeam (1971) - Penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.
        • Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.
        • Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan.

        Penilaian Formatif

        • Untuk mendapatkan maklum balas berhubung dengan kemajuan proses pengajaran oleh guru dan pembelajaran oleh murid.
        • Maklum balas ini akan memberi petunjuk-petunjuk kejayaan serta kelemahan-kelemahan murid untuk diperbetulkan.
        • Oleh sebab penilaian formatif ini bertujuan untuk membantu dan memperbaiki proses, keputusan penilaian biasanya tidak digunakan untuk membuat perbandingan di antara murid-murid

        Penilaian Sumatif

        • Bertujuan untuk mengesan secara menyeluruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran.
        • Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.

        Cara Melaksanakan Penilaian

        • Terdapat dua cara melaksanakannya :
          1. Formal-Seperti ujian pensel dan kertas.
          2. Secara tidak formal -Seperti pemerhatian, soal jawab lisan atau kuiz.
        • Dalam ujian pensel dan kertas, pelbagai jenis soalan hendaklah digunakan.
        • Semua aspek yang dirangkumi dalam perkembangan murid seperti bidang-bidang kognitif, efektif dan psikomotor akan dinilai selaras dengan kehendak komponen-komponen kurikulum.
        • Semua aktiviti penilaian hendaklah direkodkan supaya prestasi murid-murid dapat dianalisa dan kerja-kerja susulan dapat dirancangkan.
        • Dua jenis rekod yang perlu disimpan bagi setiap orang murid, iaitu rekod prestasi dan rekod profail.
        • Rekod prestasi akan menunjukkan pencapaian & rekod profail akan menunjukkan perkembangan pembelajaran serta minat keseluruhan murid-murid dari semasa ke semasa.