Saturday, July 31, 2010

Minggu 5 - Jenis Penilaian Bahasa

UJIAN FORMATIF


  • Ujian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka.
  • Ujian ini dijalankan semasa kursus diadakan dan tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses pembelajaran.
  • Ujian formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.
  • Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran.
  • Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada pelajar.
  • Oleh itu ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan.
  • Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar.

Keberkesanan Menjalankan Ujian Formatif

  • Menentukan Tajuk Pengajaran
  • Menentukan Aspek dan Tahap Penguasaan
  • Menghubungkan Elemen dengan Tajuk
  • Membina Soalan Ujian
  • Mencadangkan Tindakan Susulan

UJIAN SUMATIF

  • Ujian sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyekuruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran.
  • Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.
  • Ujian sumatif ialah ujian yang dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program.
  • Ia bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang pencapaian pelajar pada kursus itu, atau untuk mengetahui setakat mana keberkesanan program yang telah dijalankan itu.
  • Ujian sumatif juga diguna untuk tujuan persijilan.
  • Contoh ujian sumatif ialah ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

UJIAN KEFASIHAN

  • Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa.
  • Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka.

UJIAN KEMAJUAN

  • Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas.
  • Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara –perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu.
  • Ujian ini kerap digunakan di dalam bilik darjah.
  • Tiap-tiap ujian kemajuan yang di gunakan di dalam bilik darjah adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru darjah itu sendiri, kerana dia mempunyai pengetahuan penuh mengenai keperluan ujian yang direkabentuk olehnya itu.
  • Tujuannya adalah berasaskan kepada objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar dan pengetahuan pelajar yang ingin diuji.
  • Adalah tidak wajar untuk menggunakan ujian umum seperti SRP untuk memenuhi keperluan sesuatu keadaan yang khusus di dalam bilik darjah. Jadi, guru digalakkan membentuk ujiannya bagi memenuhi keperluannya sendiri.
  • Ujian kemajuan ini bertujuan untuk mengukur dan menilai, setakat manakah pelajar-pelajar telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang diajarkan di bawah satu-satu tajuk tertentu.
  • Ujian itu berasaskan kepada rancangan pelajaran yang telah diikuti oleh pelajar.
  • Jadi ujian itu bukan saja penting untuk menilai kemajuan pelajar dalam pelajarannya, tetapi juga tugas-tugas guru itu sendiri dalam mengajar murid-muridnya.
  • Hasil daripada ujian kemajuan ini membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap orang pelajarnya dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhan.
  • Satu ujian kemajuan yang tinggi mutunya dapat mengerakkan motivasi pelajar ke arah pencapaian yang lebih tinggi dengan cara yang lebih positif.
  • Jadi ujian ini merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan mengukuhkan pembelajaran dan aspek-aspek tertentu yang telah dipelajari.
  • Biasanya satu ujian kemajuan harus menghasilkan markat pencapaian yang tinggi dan ini akan mendorong pelajar untuk berusaha lagi.

UJIAN BAKAT

  • Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.
  • Ujian bakat di dalam bahasa Malaysia ialah ujian yang dibentuk untuk mengukur prestasi yang mungkin dicapai oleh pelajar di dalam bahasa itu.
  • Adalah dianggapkan bahawa bukan semua orang, khususnya bukan Melayu, mempunyai bakat untuk mempelajari bahasa Malaysia.
  • Bakat untuk mempelajari bahasa sangat kompleks dan melibatkan berbagai faktor seperti kecerdasan, umur, motivasi kuasa ingatan, kebolehan mengenal pasti bunyi bahasa dan pola-pola tatabahasa.
  • Dengan itu tidak mungkin dan tidak perlu diuji semua aspek bahasa di dalam satu ujian.
  • Oleh sebab itu, biasanya ujian bakat dibahagikan mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang ingin dipelajari oleh pelajar, umpamanya kemahiran bertutur.

UJIAN PENCAPAIAN

  • Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran.
  • Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.
  • Ujian ini tidak jauh berbeza daripada ujian kemajuan.
  • Ujian pencapaian lebih rasmi dan bertujuan untuk mengukur pencapaian secara lebih menyeluruh, seperti ujian atau peperiksaan akhir tahun dan penggal sekolah.
  • Kebanyakan ujian pencapaian merupakan ujian umum seperti SRP dan SPM.
  • Ujian seperti ini adalah berasakan kepada apa yang dianggap telah dipelajari oleh pelajar.
  • Ujian ini merupakan peperiksaan untuk menentukan penempatan jenis sekolah dan jurusan pelajar.
  • Pembentukan ujian itu berasaskan kepada sukatan pelajaran rasmi yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
  • Dalam peperiksaan umum seperti ini, bahan–bahan yang dibentuk biasanya dipra-uji dulu.
  • Tiap-tiap butiran peperiksaan dianalisis melalui proses analisis butiran.
  • Butir-butir yang sesuai dikekalkan dan lain-lain, sama ada dibuang, diubah atau diperbaiki, berasakan analisis tersebut.
  • Kadang-kadang ujian pencapaian digunakan juga sebagai ujian kemajuan, jika tujuannya ialah khas untuk melihat kemajuan pelajar di dalam pelajarannya.

Saturday, July 24, 2010

Minggu 4 - Pembinaan Ujian

PEMBINAAN UJIAN
• Objektif
• Subjektif

Objektif

  • Ketelusan & ketepatan
  • Merupakan respon item bebas
  • Pilih satu jawapan daripada beberapa jawapan yang disediakan
  • Mempunyai pokok soalan ( kata kunci ) & beberapa pilihan jawapan

KELEBIHAN OBJEKTIF

  1. Mudah - membina soalan & untuk memeriksa
  2. Mempunyai ciri kebolehpercayaan - boleh ditadbir & masa menjawab yang mencukupi
  3. Menguji banyak topik
  4. Ada ujian diagnostik
  5. Mudah ditafsir

KELEMAHAN

  1. Tidak dapat beri hujah yang bernas
  2. Menggalakkkan tekaan
  3. Sukar dibina
  4. Tidak dapat mengukur tahap kebolehan pelajar
     

JENIS-JENIS SOALAN OBJEKTIF

1. Item Betul-Salah

  • mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja : betul ( B ) /salah ( S ), Setuju ( S ) / tidak setuju ( TS )atau ya ( Y ) / tidak ( T )
  • melibatkan penerimaan / penafian. Contoh : Lawan bagi perkataan pantas ialah lambat.
    ( Ya / Tidak )

2. Item Padanan

  • Mengandungi dua kumpulan objek / perkara yang berkaitan.
  • Pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek/perkara di sebelah kiri dengan objek/perkara di sebelah kanan.

3. Item Aneka Pilihan

  • Golongan item tetap kerana diberikan tindakbalas terbatas.
  • Contoh : Item aneka pilihan berbentuk soalan
    1. Di antara ayat-ayat ini yang manakah merupakan ayat permintaan?
    A) Pergi kau dari sini!
    B) Jangan balik sebelum kamu habiskan latihan ini.
    C) Silalah datang ke sini selalu
    D) Kamu hendaklah rajin belajar jika mahu jadi pandai.
  • Pokok soalan boleh berbentuk ayat tidak lengkap ( Contoh : Isi tempat kosong ) dan boleh berbentuk kenyataan dengan beberapa pilihan jawapan.
  • Harus mempunyai soalan yang jelas & pengganggu
  • Pokok soalan ayat tidak lengkap : Dia berusaha____________syair yang ditulisnya
  • Banyak jenis cantuman, urutan
  • Jenis soalan pengelasan : Mengandungi 2 objek yang berkaitan.  

Panduan Pembinaan Ujian Objektif
1. Pokok Soalan

  • Bahasa mudah
  • Ayat mudah difahami
  • Kurangnya soalan berbentuk negatif. Contoh : Tidak benar, Kecuali, Bukan.
  • Gambarajah & carta mestilah disertakan dengan soalan berkaitan

2. Pilihan jawapan hendaklah ditulis sejajar dengan pokok soalan.

  • A ) Jawapan pendek -----> D ) Jawapan panjang
  • Sekiranya jawapan menggunakan huruf, hendaklah menggunakan huruf kesemuanya.
  • Elakkan ulangan perkataan
  • Perlu ada pengganggu soalan
  • Elakkan jawapan " Tiada jawapan" / " Semua di atas "

3. Struktur item/jawapan

  • Guna roman / nombor biasa

4. Bahan rangsangan

 
JENIS-JENIS SOALAN SUBJEKTIF
• Struktur ( Terhad )
• Esei ( Lanjutan )

*Soalan jenis tindakbalas terhad
• memerlukan jawapan terhad
• Jawapan pendek
• Markah terhad
• Calon boleh tulis jawapan 1 ayat, 1 frasa / 1 pernyataan
• Soalan jenis tindak balas lanjutan ( esei )


PANDUAN PEMBINAAN SUBJEKTIF

  1. Bentuk JSU
  2. Guru gubal soalan : Berbentuk esei atau struktur
  3. Tugas soalan hendaklah lengkap & jelas
  4. Tentukan perkataan yang digunakan setaraf dengan calon
  5. Guna perkataan seperti bandingkan, nilaikan, terangkan & jelaskan
  6. Bilangan soalan yang berpatutan : mempunyai ciri kebolehtadbiran
  7. Sediakan skema pemarkahan
  8. Cara memeriksa ialah Holistik & Analitik

KELEBIHAN SUBJEKTIF

  1. Mudah digubal
  2. Sangat sesuai untuk semua mata palajaran
  3. Sangat sesuai untuk ukuran keenam-enam aras
  4. Boleh menggalakkan calon menganalisis & mengintergrasikan idea-idea yang diperolehi
  5. Mengurangkan konsep meneka

KELEMAHAN SUBJEKTIF

  1. Bidang yang diuji terhad
  2. Boleh diramal
  3. Mengujur pengetahuan pelaja dalam satu bidang sahaja.
  4. Pemeriksaan mengambil masa yang panjang.

Saturday, July 17, 2010

MINGGU 3 : JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Beberapa pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknyamewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponenpengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untukmemastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran/objektif pengajaran.Pengubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan JSU, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. Akhir sekali, sebelum ujian tersebut ditadbirkan, item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar mata pelajaran tertentu. Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil (Hale, 1980). Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta duahala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan demikian, JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandunganpengajaran daripada awal hingga akhir. Dengan demikian, JSU seharusnya dibina seawall mungkin, misalnya sebelum kita memulakan pengajaran.

Langkah Pembinaan JSU
Dalam pembinaan JSU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu:
(1) mengkaji sukatan pelajaran
(2) menganalisis objektif pengajaran
(3) menentukan jenis soalan
(4)menentukan bilangan soalan.

1. Mengkaji Sukatan Pelajaran
Anda perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah:
• skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk
• pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk
• kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain
• kompleksiti sesuatu tajuk
• masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

2. Menganalisis Objektif Pengajaran
Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya, seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini. Maklumat-maklumat di atas adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisisan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi dua paksi utama, iaitu:i. Paksi Kandungan Paksi Objektif Pengajaran: Kandungan Pengetahuan
• Tajuk
• Tajuk kecil

Objektif Kognitif: Kandungan Kemahiran
• Tajuk
• Tajuk kecil

Objektif Psikomotor :Kandungan Afek/Perasaan
• Tajuk
• Tajuk kecil

Objektif Afektif: Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan,yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang biasanyaditunjuk dengan menggunakan bilangan soalan.3. Menentukan Jenis SoalanBagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur. Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk “Struktur ayat” pada peringkat “Aplikasi”, maka jenis soalan yang sesuai ialah soalan jenis “Objektif” yang berbentuk “melengkapkan ayat” atau soalan jenis “Subjektif” yang berbentuk “menggubal ayat-ayat”. Jenis-jenis soalan/item dan cara membinanya akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.4. Menentukan Bilangan SoalanJumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian member markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur.Perkara-perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.Kepentingan JSUJPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan Pembina item/soalan ujian. Antara kepentingannya ialah:• kertas ujian dapat digubal secara sistematik;• kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;• taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;• ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran; dan• aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina olehpembina lain.LANGKAH AM PENYEDIAAN ITEM UJIANTerdapat lima (5) langkah am pembinaan item ujian, iaitu (1) meyediakan JPU, (2)menulis item ujian, (3) menyemak item ujian, (4) menilai item ujian, dan (5) membuatkajian rintis terhadap keseluruhan item.1. Menyediakan JPULangkah awal dalam pembinaan item ujian ialah menyediakan JSU seperti yang dijelaskan sebelum ini, iaitu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan. Tujuan utama penyediaan JSU ialah supaya item-item ujian yang dibina itu mewakili keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan. Perancangan awal ini dapat menjamin soalan-soalan ujian yang terhasil akan dapat mengukur pengetahuan, kemahiran atau sikap yang kita ingin pelajarpelajar kita kuasai.Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada kita tentang bentuk soalan yang akan digunakan. Sebagai contoh, soalan berbentuk penyelesian masalah perlu dibina sekiranya kita ingin mengukur keupayaan pelajar kita menyelesaikan masalah matematik. Sekiranya kita ingin pelajar memahami kesan sejarah ke atas perpaduan kaum, misalnya, mungkin soalan subjektif berjawapan panjang adalah lebih sesuai daripada soalan objektif. Seterusnya, jika pelajar dikehendaki mengingat tarikh penting dalam sejarah, mungkin soalan beraneka pilihan/mengisi tempat kosong adalah lebih sesuai.2. Menulis Item UjianSebaik sahaja anda siap menyediakan JSU (yang sebaiknya mengandungi jenis dan bilangan item ujian bagi setiap tajuk dan objektif pengajaran), anda telah bersedia untuk membina/menulis item-item ujian. Walaupun terdapat bentuk item ujian, seperti item beraneka pilihan (multiple-choice item), item mengisi tempat kosong (fill-in-the-blank item), item berjawapan pendek (short-answer item), item betul-salah (true-false item), item padanan (matching item) atau item esei (essay item), terdapat beberapa prinsip pembinaan item yang sama, yang boleh digunakan untuk menulis item-item ini. Prinsipprinsip tersebut dijelaskan dalam bahagian berikut.• Arahan menjawab bagi setiap item hendaklah ringkas dan mudah difahami pelajar, misalnya,“Sila isikan ruang kosong dalam soalan berikut dengan satu perkataan sahaja”.• Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahami maklumatdalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya akan membantu pelajarmemberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan.• Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/kemahiran yang spesifikdaripada tajuk pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk pengetahuan/ kepintaran am.• Biasanya, kita meminta pelajar memberi jawapan yang “benar”, tetapi ada kalanyakita meminta mereka memberi jawapan yang “tidak benar”. Dalam keadaan ini, arahanmenjawab hendaklah jelas, seperti menggunakan huruf besar.• Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran yangdikehendaki. Contohnya, unit ukuran dalam meter dan tepat kepada dua titik perpuluhan.3. Menyemak Item UjianSelepas semua item ujian siap ditulis, kita perlu menyemak semula item-item tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:• Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat dan mudahdifahami pelajar.• Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar dan mengandungimaklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi.• Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif pengajaran.• Soalan yang diberi, terutama soalan jenis objek, tidak mengandungi petanda (clue) kepadajawapan yang dikehendaki.4.Menilai Item UjianSelepas semua item ujian disemak oleh pembina/penulisnya, item-item ini perlu disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran. Semakan dan penilaian ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara yang hampir sama dengan apa yang disebut di atas, iaitu:• Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan adalah mudah difahami pelajar.• Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukupuntuk pelajar menjawabnya.• Soalan-soalan yang dibina adalah mencukupi dan semimbang untuk mengukur kandungandan objektif pengajaran yang ditetapkan.• Jawapan yang diberikan oleh penulis adalah mengikut kehendak soalan dan boleh dijawabdalam masa yang diperuntukkan.5. Membuat Kajian Rintis Terhadap Keseluruhan ItemSelepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran, sebaiknya, kajian rintis dibuat terhadap keseluruhan item/kertas ujian. Kajian rintis di sini bermaksud kajian awal tentang kesesuain item-item kepada pelajar yang setara dari segi keupayaan dengan pelajar sasaran. Biasanya, kajian rintis tidak dibuat untuk menjaga kerahsiaan ujian. Bagaimanapun, kajian rintis perlu dibuat untuk soalan-soalan yang ingin disimpan dalam bank soalan. Kajian rintis begini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:• Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan dapat difahami pelajar dan tidakada kesilapan ejaan/istilah yang digunakan.• Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukupuntuk pelajar menjawabnya.• Soalan-soalan yang diberikan adalah sepadan dengan kandungan pelajaran yang diajar gurudan tidak ada soalan yang “terkeluar” daripada kandungan tersebut.• Pelajar dapat menjawab soalan-soalan dalam masa yang diperuntukkan mengikut kehendaksoalan

Saturday, July 10, 2010

Minggu 2 - Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl

TAKSONOMI
Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]

Pengenalan Taksonomi

  • Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.
  • Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.
  • Terdapat tiga domain utama dalam pendidikan iaitu :-
    o Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
    o Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.
    o Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

Taksonomi Bloom

  • Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
  • Bercorak hierarki ( dari tahap rendah ke tahap tinggi).
  • Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.

Terdapat 6 aras dalam taksonomi bloom iaitu:-

  • Tahap 1 – Pengetahuan
    • Menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.

    • Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.
  • Tahap 2 – Kefahaman
    • Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.

    • Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.

  • Tahap 3 - Aplikasi
    • Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.

    • Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya

  • Tahap 4 – Analisis
    • Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.

    • Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya

  • Tahap 5 – Sintesis
    • Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.

    • Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.

  • Tahap 6 – Penilaian
    • Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

    • Perkataan yang biasa digunakan ialah berikan alas an, kritikan.buktikan dan sebagainya.

Domain Kratwohl (Domain Afektif)

  • Krathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julungkali menggunakan terminologi ‘afektif’ (affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain penting dalam hidup manusia.
  • Ia digunakan sebagai satu lagi objektif pengajaran di samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang telah diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956.
  • Krathwohl mengkategorikan domain afektif kepada beberapa bahagian iaitu :
    • Penerimaan

      • Penerimaan merupakan satu bentuk kesediaan atau penerima sesuatu yang ingin disampaikan. Individu tidak akan menolah ransangan. Tindakan adalah terhad.

    • Gerak balas

      • Seseorang akan bertindak balas kepada ransangan yang diterima disebabkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. Motif ini adalah motif ingin tahu. Tindak balas ini akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan. Gerak balas pada mulanya atas arahan terpaksa dan akhirnya akan menjadi kepuasan.

    • Penilaian

      • Seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatab yang dilakukan kepada masyarakat.

      • Nilai atau motif ini boleh dianggap motif luaran atau menjadi landasan kepada setiap individu.

      • Jenis penilaian:
        · penerimaan semua nilai yang menjadi landasan kepada penerimaan
        · pemilihan nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepada landasan pendiriannya
        · komitmen memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan pendirian dan menerima cabaran

    • Organisasi

      • Seseorang itu boleh menyusun semula sesuatu nilai kepada suatu set susunan yang sistematik. Pengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian di antaranya dan menyusun nilai-nilai konsep itu.

    • Perwatakan

      • Seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

Saturday, July 3, 2010

Minggu 1 - Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

PENTAKSIRAN

  • Merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan.

Definisi Pentaksiran

  • Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Tujuan Pentaksiran

  • Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
  • Menilai aktiviti yang dijalankan semasa p&p.
  • Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang p&p.
  • Memperbaiki pengajaran-pembelajaran.

Ciri-ciri Pentaksiran Yang Baik

  • Ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.
  • Kelicinan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah.
  • Maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskriminasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran.
  • Terkandung soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting.

PENGUJIAN
Definisi

  • Tuckman (1975) – satu jenis atau kumpulan alat pengukuran yang biasanya digunakan untuk mengetahui tentang seseorang.
  • Gagne (1970) - cara yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang individu (perkaitan dengan pembelajaran)


KEPENTINGAN PENILAIAN DAN UJIAN

  • Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada murid-murid dalam perkara-perkara yang hendak diajar.
  • Membantu guru mengetahui sejauh manakah murid-murid mereka telah dapat menguasai atau mempelajari akan apa yang telah disampai.
  • Bertujuan untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Ini penting untuk penilaian perpektif pencapaian atau prestasi seseorang individu.
  • Membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam suatu bidang subjek dengan bidang lain.
  • Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka.
  • Untuk membuat jangkaan akan potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.
  • Membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.

Langkah-langkah membina

  1. Menyemak unit-unit yang diajar dan menentukan apa yang harus diuji (Jadual Penentu Ujian)
  2. Menentukan objektif ujian dan menyediakan rangka ujian.
  3. Menulis soalan.
  4. Mentadbir ujian.
  5. Menganalisa keputusan
  6. Menilai pengajaran
  7. Menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan.

PENILAIAN

  • Satu aktiviti atau proses yang bersistematik bagi mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran.
  • Terdapat dua proses penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.

Definisi Penilaian

  • Stufflebeam (1971) - Penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.
  • Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.
  • Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan.

Penilaian Formatif

  • Untuk mendapatkan maklum balas berhubung dengan kemajuan proses pengajaran oleh guru dan pembelajaran oleh murid.
  • Maklum balas ini akan memberi petunjuk-petunjuk kejayaan serta kelemahan-kelemahan murid untuk diperbetulkan.
  • Oleh sebab penilaian formatif ini bertujuan untuk membantu dan memperbaiki proses, keputusan penilaian biasanya tidak digunakan untuk membuat perbandingan di antara murid-murid

Penilaian Sumatif

  • Bertujuan untuk mengesan secara menyeluruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran.
  • Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.

Cara Melaksanakan Penilaian

  • Terdapat dua cara melaksanakannya :
    1. Formal-Seperti ujian pensel dan kertas.
    2. Secara tidak formal -Seperti pemerhatian, soal jawab lisan atau kuiz.
  • Dalam ujian pensel dan kertas, pelbagai jenis soalan hendaklah digunakan.
  • Semua aspek yang dirangkumi dalam perkembangan murid seperti bidang-bidang kognitif, efektif dan psikomotor akan dinilai selaras dengan kehendak komponen-komponen kurikulum.
  • Semua aktiviti penilaian hendaklah direkodkan supaya prestasi murid-murid dapat dianalisa dan kerja-kerja susulan dapat dirancangkan.
  • Dua jenis rekod yang perlu disimpan bagi setiap orang murid, iaitu rekod prestasi dan rekod profail.
  • Rekod prestasi akan menunjukkan pencapaian & rekod profail akan menunjukkan perkembangan pembelajaran serta minat keseluruhan murid-murid dari semasa ke semasa.