PENTAKSIRAN
- Merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan.
Definisi Pentaksiran
- Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Tujuan Pentaksiran
Ciri-ciri Pentaksiran Yang Baik
- Ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.
- Kelicinan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah.
- Maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskriminasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran.
- Terkandung soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting.
PENGUJIAN
Definisi
- Tuckman (1975) – satu jenis atau kumpulan alat pengukuran yang biasanya digunakan untuk mengetahui tentang seseorang.
- Gagne (1970) - cara yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang individu (perkaitan dengan pembelajaran)
KEPENTINGAN PENILAIAN DAN UJIAN
Langkah-langkah membina
- Menyemak unit-unit yang diajar dan menentukan apa yang harus diuji (Jadual Penentu Ujian)
- Menentukan objektif ujian dan menyediakan rangka ujian.
- Menulis soalan.
- Mentadbir ujian.
- Menganalisa keputusan
- Menilai pengajaran
- Menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan.
PENILAIAN
- Satu aktiviti atau proses yang bersistematik bagi mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran.
- Terdapat dua proses penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.
Definisi Penilaian
Penilaian Formatif
- Untuk mendapatkan maklum balas berhubung dengan kemajuan proses pengajaran oleh guru dan pembelajaran oleh murid.
- Maklum balas ini akan memberi petunjuk-petunjuk kejayaan serta kelemahan-kelemahan murid untuk diperbetulkan.
- Oleh sebab penilaian formatif ini bertujuan untuk membantu dan memperbaiki proses, keputusan penilaian biasanya tidak digunakan untuk membuat perbandingan di antara murid-murid
Penilaian Sumatif
Cara Melaksanakan Penilaian
- Terdapat dua cara melaksanakannya :
1. Formal-Seperti ujian pensel dan kertas.
2. Secara tidak formal -Seperti pemerhatian, soal jawab lisan atau kuiz. - Dalam ujian pensel dan kertas, pelbagai jenis soalan hendaklah digunakan.
- Semua aspek yang dirangkumi dalam perkembangan murid seperti bidang-bidang kognitif, efektif dan psikomotor akan dinilai selaras dengan kehendak komponen-komponen kurikulum.
- Semua aktiviti penilaian hendaklah direkodkan supaya prestasi murid-murid dapat dianalisa dan kerja-kerja susulan dapat dirancangkan.
- Dua jenis rekod yang perlu disimpan bagi setiap orang murid, iaitu rekod prestasi dan rekod profail.
- Rekod prestasi akan menunjukkan pencapaian & rekod profail akan menunjukkan perkembangan pembelajaran serta minat keseluruhan murid-murid dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment